|

Monday, February 20, 2006

Mooting Syariah

Sebenarnya dah lama dah berlalu tapi rasa tak sedap pulak kalau tak diabadikan dalam blog aku ni. Aku, Daud, Nizam, Munie & Shue telah menyertai Internal Moots Competition, kategori Syariah. Sekali sekala merujuk kitab arab ni okay jugak. Isu yang menjadi perdebatan ialah Harta Sepencarian dan Hibah. Sebanyak tujuh pasukan mengambil bahagian dan masing-masing terbahagi kepada perayu dan responden. Nizam dan Daud bergabung tenaga untuk menjadi perayu. Aku dan Shue menjadi responden dan Munie sebagai peguam cara. Pemarkahan pula mengikut perayu yang paling tinggi akan ke final, dan responden yang tinggi akan ke final.
Tak sangka, pasukan perayu paling tinggi antara ketujuh-tujuh pasukan ialah Nizam & Daud, dan pasukan responden paling tinggi ialah aku & Shue! Kedua-duanya dari team yang sama, mana mungkin bertemu sesama sendiri di final nanti? Maka pihak penganjur pun menyusun percaturan mereka. Ketika di final, team aku diwakili oleh Daud dan Nizam kerana kami menjadi perayu dan sepemerhatian aku, aku dapat merasakan kami akan muncul juara. Alhamdulillah, kami memenangi pertandingan ini.
Itu takde la penting sangat. Tambahan pula, trofi daripada pihak penganjur pada tahun ni amat menyedihkan. Tak cukup peruntukan, katanya. Aku pun tak tahulah ke mana duit dialirkan di kuliah undang-undang Ahmad Ibrahim ni. Yang penting aku belajar banyak benda. Alhamdulillah...
all five of us...
aku & shue
aku & Daud
aku & Munie - waiting for proceeding, chuak sebenarnya.. cover...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home